Sejak adanya platform media sosial, pengguna bukan hanya menggunakannya untuk hal peribadi, bahkan ada yang menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk promosikan perniagaan mereka.
Selalu kita dapat lihat, ramai yang membuat promosi ataupun reviu makanan di media sosial kerana mudah serta cepat untuk orang ramai mengetahui tempat tersebut.
Baru-baru ini, tular satu video reviu makanan di Twitter, namun cara mempromosikan makanan tersebut menjadi perdebatan kerana kelihatan mereka memakan makanan terbabit dengan sangat gelojoh serta rakus.
Kedai Western Portion Banyak Gila Sumpah Kenyang! #Jomkita
Semua makanan dekat sini portion dia banyak gila wehhh lepastuh kuah black pepper dia kasi banjir wehhh memang sedap sangat sangat recommend ???
Lokasi ?: Garden Western Grill, Petaling Jaya pic.twitter.com/cZmzSYeLAF
— Jomkita ?? (@Jomkitamy) December 28, 2022
Netizen berasa geli apabila terdapat seorang lelaki influencer di dalam video itu menjamah makanan tersebut kerana kuah yang ada di daging berkenaan meleleh-leleh dan ia sememangnya membuat netizen ‘kembang tekak’ melihatnya.
Meninjau di ruangan komen, ramai menasihati influencer tersebut untuk bijak memilih cara membuat reviu makanan dengan lebih baik serta senonoh.
Susulan membuat reviu makanan sedemikian, ramai lebih mual melihat cara influencer tersebut makan daripada tertarik untuk mengunjungi restoran berkenaan.
Bukan itu saja, netizen turut menegur lelaki berkenaan untuk menjaga cara pemakanan serta tidak mengambil terlalu banyak makanan kurang sihat kerana bimbang akan mendatangkan banyak penyakit di masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Selekeh Nak Mamp*s” – Netizen Loya Cara ‘Influencer’ Reviu Makanan, Nasihat Untuk Turunkan Berat Badan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments