#Hiburan: “Kubur Kata Mari Kak” – Amyza Aznan Dikritik Pakai Gaun Hitam Terbelah Sampai Peha, Rupa- Rupanya..

Pertandingan nyanyian Famili Duo semalam telah melabuhkan tirai pada minggu ke-4 dan ia menyaksikan pasangan Ayda Jebat dan Fyna Jebat memenangi tempat pertama sekaligus layak memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Namun hari ini tular pula video mengenai kemunculan pelakon Amyza Aznan sebagai ‘cameo’ ketika persembahan duo antara Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

Advertisement

Manakan tidak, Amyza dilihat tampil begitu seksi dalam gaun hitam yang belahan kainnya sehingga ke paras paha.

Abby Abadi Memey
7 jam lalu

"Dia Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita" - Abby Abadi Respon Netizen Ungkit Kes Cerai Dengan Norman Hakim

Meskipun tampil memberikan persembahan terbaik pada malam itu, penampilan Amyza nampaknya telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAAiA (@amyzaaznankaaia)

Kata netizen, gaun tersebut tidak sesuai dipakai kerana terlalu seksi.

Tinggi sangat belahnya tu kak oii…lepas pulak. Tak ada last checking ke sebelum naik stage?

Tinjauan Beautifulnara di Instagram pelakon itu mendapati Amyza ada menjelaskan situasi sebenar di mana dia telah memakai seluar berwarna kulit dan bukanlah seperti yang dianggap netizen.

Awak kat dalam tu ada seluar la. Skin kaler. Mana lepas kalau tak ada seluar.

Jelasnya lagi, dia juga tidak berani untuk tidak memakai apa-apa kerana bimbang di-‘banned’ pihak penerbit rancangan itu.

 

The post “Kubur Kata Mari Kak” – Amyza Aznan Dikritik Pakai Gaun Hitam Terbelah Sampai Peha, Rupa- Rupanya.. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments