Nampaknya Fatin Afeefa langsung tak dapat berehat walaupun seketika daripada terpalit dengan kontroversi liar.
Meskipun baru-baru ini, wanita itu dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan suami orang, kini terdapat pula khabar angin yang mengatakan bahawa dia memutuskan hubungan persaudaraan kerana berebut harta pusaka.
Seorang pengguna di Twitter dengan nama Shariz Rose mendedahkan bahawa pelakon wanita itu sebenarnya adalah sepupu kepadanya namun dia tidak mengaku bahawa mereka bersaudara selepas membolot harta kepunyaan arwah ibunya.
“Mak korang dah mati, so secara automatik korang semua tak ada hak ke atas harta arwah.”
Individu ini menjelaskan bahawa walaupun nama ibunya masih ada pada geran tersebut namun ibu Fatin Afeefa kerap berdalih mengenai proses menguruskan harta tersebut.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut menyatakan bahawa Fatin Afeefa pernah mencuri barang kemas milik ibunya sendiri. Namun abang individu ini yang dituduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut sehingga disumbat ke dalam penjara dan turut dibelasah ketika ditahan.
Bukan mahu mencari publisiti murahan, namun individu ini meluahkan kesemua perbuatan jahat keluarga Fatin Afeefa ini kerana ingin menegakkan keadilan buat keluarganya.
Katanya lagi, pelakon wanita itu langsung tidak mahu bergambar bersama sejak lama dahulu kerana penampilannya seperti orang kampung.
Namun tak sangka pendedahannya itu mendapat perhatian daripada ibu saudara yang lain sehingga mereka memintanya memadam tweet tersebut untuk berbincang secara baik.
Selepas pendedahan yang ‘panas’ ini, terdapat seorang individu lain yang menghantar mesej terus mengenai hal tersebut ke Instagram Fatin Afeefa.
Pelakon itu kemudiannya mengatakan bahawa dia difitnah dan dia akan menggunakan jalan undang-undang untuk menyelesaikannya.
Walaubagaimanapun, sepupu Fatin Afeefa ini tidak gentar dan mengatakan bahawa dia juga bersedia untuk berlawan bagi membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.
Nantikan perkembangan lanjut mengenai dakwaan ini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments