Rasanya ramai saja yang kenal dengan dua usahawan wanita yang memiliki kereta mewah, Lamborghini yang sebelum ini sering menunjukkan kekayaan dimiliki di media sosial.
Bahkan sempat meluahkan rasa risau apabila sedang bercuti di negara, Indonesia kerana memikirkan keadaan Lamborghini yang hampir tenggelam kerana banjir melanda di negeri Kelantan.
Baru-baru ini, sekali lagi Ayunie Osman dan Farhana Ismail bersama 3 lagi individu menjadi perhatian kerana didakwa telah mencederakan seorang wanita dan seorang lelaki pada Julai tahun lalu.
View this post on Instagram
Difahamkan, mangsa wanita mendakwa dirinya cedera hingga meninggalkan kesan di bahagian kepala, tangan dan leher, manakala mangsa lelaki pula cedera di bahagian sama serta lutut belah kiri.
Susulan dakwaan mencederakan individu, mereka telah pun diheret ke mahkamah dan selaku peguam tertuduh, Ahmad Adha Amir memohon pihak mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin dengan harga yang rendah kerana nilai asal dikatakan terlalu tinggi.
Mahkamah izinkan permohonan terbabit dan mereka dijamin sebanyak RM2000 seorang dengan seorang penjamin.
Apabila meninjau di Instagram usahwan tertuduh itu, kedua-duanya berdoa agar pengajaran setimpal akan diberi kepada pihak yang telah menganiaya mereka.
The post Didakwa Cederakan Mangsa Di Kepala, Tangan Dan Leher, 2 Wanita ‘Lamborghini’ Dihadap Ke Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments