#Hiburan: “Tak Boleh Geng Dengan Ira, Dia Lawa Teruk!” – Netizen Tak Kisah Kalau Sophia AlBarakbah Jadi ‘Penyondol’?

Baru-baru ini, isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah membuat pendedahan bahawa terdapat seorang pelakon wanita dengan berani mengakui ‘tersuka’ suaminya.

Susulan itu, nama Sophia AlBarakbah menjadi sasaran hanya kerana menjadi heroin di dalam drama yang turut menampilkan pelakon lelaki tersebut.

Advertisement

Kebanyakkan netizen tidak mendiamkan diri dan menyerang akaun media sosial Sophia dan melabel pelakon itu sebagai ‘penyondol’.

Oleh kerana ia berkaitan dengan ‘penyondol’ nama isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar turut terkait dan ada berkaitan dua wanita ini boleh jadi ‘geng’ kerana menganggu rumah tangga orang lain.

Biarpun ramai yang mengecam, ramai juga yang seakan-akan tidak kisah jika Sophia menjadi ‘orang ketiga’ kerana kecantikan yang dimiliki.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Malah ada berkata jika wanita secantik Sophia menghampiri, iman mereka juga akan goyah dan barangkali tidak menolak godaan pelakon itu.

Sekadar info, netizen membuat andaian bahawa Sophia AlBarakbah adalah ‘penyondol’ itu kerana Bella memberitahu pada wartawan pelakon wanita yang cuba menganggu rumah tangganya itu adalah pelakon gandingan bersama Aliff dalam sebuah drama, baru-baru ini.

21 jam lalu

Sophia AlBarakbah Dituduh 'Tersuka' Aliff Aziz, Instagram Diserang Netizen - "Berlakon Je, Jangan Sondol"

The post “Tak Boleh Geng Dengan Ira, Dia Lawa Teruk!” – Netizen Tak Kisah Kalau Sophia AlBarakbah Jadi ‘Penyondol’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments