Baru-baru ini, Watie Hanifiah telah menjadi perhatian ramai setelah memuat naik video di laman Instagram sedang menyanyi lagu Indonesia berjudul Rapuh penuh dengan emosi.
Setelah memuat naik video berkenaan, netizen kebanyakkannya memuji kelunakkan suara wanita yang kini sedang rapat dengan pelawak, Shuib Sepahtu.
Bukan itu saja, suara wanita tersebut turut dikatakan lebih kurang sama dengan suara Allahyarham Siti Sarah iaitu isteri Shuib.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, netizen mendakwa Watie mempunyai ciri-ciri yang pernah disebut oleh penyampai radio Suria FM itu iaitu seorang wanita pandai bernyanyi tetapi tidak berasal dari industri seni.
Biarpun menerima banyak pujian, Watie tidak dapat lari dari kecaman beberapa netizen yang mengatakan dirinya try hard untuk nampak sama dengan sebutan yang kurang jelas.
Sekadar info, Shuib sebelum ini memberi penjelasan mengenai hubungan mesra bersama Watie dan meminta orang ramai tidak pertikaikan pilihan hatinya.
The post “Macam Langit Dan Bumi..” – Watie Nyanyi, Netizen Dakwa ‘Try Hard’ Nak Tiru Suara Arwah Siti Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments