Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, pelawak Shuk Sahar ada memuat naik video di platform media sosial memaparkan dirinya menunaikan Umrah di Tanah Suci bersama isteri, Rossa Sera dan memang mendapat perhatian ramai.
Kali ini, video sweet mereka pula menjadi bualan ramai setelah dikongsikan oleh Sera di akaun rasmi TikToknya, semalam.
Melalui video pendek yang dimuat naik itu, kelihatan hubungan suami isteri itu semakin baik hingga Sera boleh menyuapkan buah strawberi kepada Shuk.
Dalam pada video yang sama, Shuk juga kelihatan sedang menerangkan info tentang Masjid Quba yang dikatakan masjid pertama dibina Rasulullah S.A.W sewaktu tiba di daerah Quba.
Bahkan mereka juga kelihatan sangat mesra berjalan sambil berpelukan sewaktu menikmati keindahan tempat-tempat bersejarah di Madinah.
Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira serta syukur kerana hubungan suami isteri tersebut sudah semakin pulih dan masing-masing cuba untuk perbaiki menjadi lebih baik dari yang sebelum ini.
Sekadar info, Shuk Sahar dan Rossa Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.
The post “Lepas Hujan Muncul Pelangi Indah” – Berpelukan Sambil Jalan, Ramai Gembira Tengok Shuk & Rossa Sera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments