#Hiburan: “Malulah Sikit Tok!” – Aliff Syukri Kongsi Tips Besarkan Kemaluan Lelaki, Netizen Anggap Melampaui Batas

Setelah sekian lama tidak terpalit dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’, nama usahawan Datuk Aliff Syukri kembali menjadi bualan netizen setelah memuat naik satu video mengundang di Instagramnya.

Difahamkan, video yang di muat naik oleh Aliff itu adalah berkenaan tips untuk membesarkan kemaluan lelaki bagi memberi kepuasan kepada pasangan.

Advertisement

Dapat dilihat dalam video terbabit, usahawan itu memegang satu besi besar bagi menggambarkan kemaluan lelaki dan menunjukkan tips untuk menentukan kebahagian pasangan suami isteri.

Biarpun sekadar mahu promote produk keluaran syarikatnya, video terbabit mengundang rasa kurang senang daripada kalangan sesetengah netizen.

Netizen mengkritik tindakan Aliff yang langsung tidak mempunyai sifat segan mahupun malu membuat konten sedemikian bagi tatapan umum.

komen netizen

komen netizen

Biarpun video terbabit menerima kecaman hebat daripada para netizen, ada juga yang merasakan perkara itu adalah normal untuk seseorang usahawan mempromosikan produk terbabit seperti itu, malah ada yang lagi teruk daripada perbuatan Aliff Syukri dalam video berkenaan.

Sekadar info, sebelum ini Aliff Syukri juga pernah menerima kecaman kerana membuat video seolah-olah sedang ‘beronani’ di atas katil dan tujuannya melakukan perkara itu hanya untuk promosikan perniagaan tudungnya.

3 bulan lalu

Netizen Terkejut Ingatkan Aliff Syukri Tersentuh Payudara Wanita Ketika Bergambar - "Pompuan Mana Duk Tergedik Tu"

The post “Malulah Sikit Tok!” – Aliff Syukri Kongsi Tips Besarkan Kemaluan Lelaki, Netizen Anggap Melampaui Batas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments