#Hiburan: Fyna Jebat Akui Insiden Bergaduh Dengan Madu Tak Jejas Persembahan – “Saya Tak Terganggu”

Seperti yang ramai tahu, nama penyanyi Fyna Jebat menjadi bualan hangat netizen selepas berlaku insiden pergaduhan diantara dia dan isteri pertama kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Datin Zalini Zaini.

Bagaimanapun, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat enggan mengulas mengenai insiden yang berlaku di sebuah restoran mamak di Shah Alam itu.

Advertisement

Penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, buat masa ini dia menyerahkan kejadian tarik-menarik rambut tersebut kepada pihak polis untuk melakukan tindakan lanjut.

Tak ada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja.

Dalam pada itu, Fyna memaklumkan bahawa fokusnya terhadap persembahan dalam program Famili Duo tidak terjejas walaupun namanya sering dikaitkan dengan kontroversi sejak muncul dalam pertandingan tersebut.

Saya tak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami pun dah banyak bertungkus lumus.

Menurut adik kepada Ayda Jebat itu, dia terlalu sayangkan program Famili Duo dan memilih untuk kekal fokus dan memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.

Sebelum ini, Fyna dikatakan telah berkahwin dengan Datuk Zainal tanpa pengatahuan Datin Zalini sehigga menyebabkan salah faham berlaku diantara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 hari lalu

"Ahhh Tak....I Buat Bola...." - Bukan Salah Janna, Netizen Kata Jawapan 'Double Meaning' Fyna Jebat Punca Bergaduh

The post Fyna Jebat Akui Insiden Bergaduh Dengan Madu Tak Jejas Persembahan – “Saya Tak Terganggu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments