#Hiburan: “Kadang-Kadang Perceraian Ni Boleh Membahagiakan Kita” – DDNK Bagi Nasihat Pada Syamsul Yusof

Seperti yang ramai tahu, pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof kini sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah Liyana selepas dia membuat pengumuman mengenai perkahwinan bersama isteri kedua, Ira Kazar.

Tampil berkongsi pengalaman, pakar saham terkenal iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) mengakui pernah mengharungi liku-liku hampir sama dengan Syamsul dalam perkahwinannya.

Advertisement

Menurut DDNK, Syamsul perlu berfikir dan membuat pilihan yang terbaik antara dua wanita berkenaan.

Sebab perempuan ni ada dua jenis, satu jenis yang banyak pakai logik. Satu lagi jenis yang banyak pakai emosi.

Bukan itu sahaja, DDNK turut menjelaskan bahawa wanita yang banyak menggunakan logik akan lebih bersikap dominan dan agresif berbeza dengan wanita yang gemar menggunakan emosi kerana mereka lebih relaks dan ‘outgoing’.

Susah kalau kita nak ada dua-dua ni sekali. Kepada saudara Syamsul, pilihlah yang terbaik. Kita kena tahu siapa yang lebih sayang kepada kita.

Kalau terpaksa bercerai then kita terpaksa buat. Perceraian ni bukan kiamat, bukan ending. Kalau anak kita selalu dengar kita gaduh setiap hari, mungkin tak elok.

Malah, pakar saham itu berpendapat bahawa kadang-kala perceraian itulah yang boleh membuatkan diri seseorang itu lebih bahagia.

Dia permulaan kepada benda yang baik, banyak orang yang lepas bercerai lebih bahagia, lebih sukses. Mungkin bercerai tu bagus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

'Upload' Video Bakar ‘Marshmallow’ Berdua, Netizen Dakwa Ira Kazar Sengaja 'Provoke' Puteri Sarah

The post “Kadang-Kadang Perceraian Ni Boleh Membahagiakan Kita” – DDNK Bagi Nasihat Pada Syamsul Yusof first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments