Sejak semalam, tular tentang pendedahan seorang remaja berusia 16 tahun yang mendakwa telah dirogol oleh seorang pegawai polis pada Rabu lalu.
Difahamkan, pegawai berusia 30-an itu melakukan perbuatan tersebut ketika berada di bilik pejabatnya di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, kira-kira jam 6.30 petang.
Terdahulu, mangsa telah tampil membuat laporan polis bahawa dia telah dirogol bapa tirinya dan pada hari kejadian dia dipanggil oleh polis berpangkat Inspektor itu ke IPD untuk membantu siasatan kes.
Nak buat pemeriksaan
Semasa di dalam bilik, Inspektor yang juga merupakan pegawai penyiasat kes itu memberitahu dia mahu melakukan pemeriksaan pada kemaluan mangsa.
Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya.”
Kata sumber, dia kemudian memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik tersebut dalam keadaan bogel sebelum memberi alasan alat yang digunakan untuk memeriksa tidak berfungsi dengan baik.
Mangsa turut mendakwa kejadian tersebut berlaku hampir 30 minit sebelum dia diminta memakai pakaian semula serta diberitahu bahawa kes berkenaan belum selesai dan dia perlu kembali untuk siasatan.
Forensik jumpa tompokan pada cadar
Selepas tiga hari kejadian itu berlaku, mangsa yang sudah tidak bersekolah telah dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital susulan laporan dibuatnya.
Mengejutkan, sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar dan sarung bantal.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata pegawai itu telah pun ditahan namun enggan mengulas lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Tular Remaja Bawah Umur Diperkosa Inspektor Dalam IPD, Forensik Jumpa Tompokan Mani Pada Cadar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments