Baru-baru ini, pelakon serta pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal tampil meluahkan rasa terkilan di laman Facebook apabila dapat lihat sekarang ini kebanyakkan rancangan televisyen sering menjatuhkan air muka peserta demi menaikkan rating program berkenaan.
Malah dalam hantaran tersebut, AC Mizal atau nama sebenarnya, Dato’ Mizal Zaini mempersoalkan kredibiliti seorang penerbit program sama ada memikirkan perasaan seseorang ataupun sekadar mahu rancangan yang diterbit menjadi bualan ramai.
Isu ini menjadi topik luahannya kerana ia dianggap semakin parah kerana penerbit sering menggunakan konsep ‘gurauan tanpa sepadan’ untuk membangkitkan kemarahan masyarakat.
Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di kaca televisyen ke? Adakah anda terlalu sempurna.
Malah, pemilik stesen televisyen SUKE TV itu turut memerli mahu mengadakan rancangan ‘AYUH MAKI ORANG’ sekiranya mahu merendahkan martabat seseorang melalui program televisyen yang boleh di tonton ramai.
Dalam pada masa yang sama, AC Mizal berkata jika mahu mengajar seseorang itu menjadi lebih baik, herdik bukanlah langkah yang bijak, lagi-lagi rancangan berkenaan di tonton masyarakat Malaysia.
Pengacara kelahiran Muar, Johor sempat meluahkan rasa syukur kerana dirinya tidak menjadi mangsa kritikan hingga merobek hati.
Sekadar info, dua hari yang lalu satu rakaman video memaparkan penyanyi veteran, Mas Idayu memberi komen kepada penyanyi duo, Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo menjadi bualan ramai. Ramai beranggapan cara Mas Idayu memberi komen dalam nada menengking sangat melampaui batas.
The post “Memang Wajib Jatuhkan Maruah Orang Di TV Ke, Awak Sempurna Sangat?” – AC Mizal Perli Siapa? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments