Sememangnya kita tahu, kemelut diantara pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berhubung kes orang ketiga iaitu Ira Kazar masih belum selesai dan berlarutan hingga ke hari ini.
Seperti diketahui ramai, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail sangat menyayangi menantunya dan terbaharu, dia ada memuat naik satu status di Instagram Story seakan-akan memerli ‘orang ketiga’ yang menganggu rumah tangga anaknya.
Melalui posting tersebut, ibu pengarah itu menegaskan tiada kemaafan buat seseorang individu yang telah meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga.
Dalam pada masa yang sama, dirinya juga memuat naik foto lama Syamsul bersama Puteri Sarah dan anak lelaki mereka yang dipercayai ketika itu masih belum wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka.
Sekadar info, setelah sekian lama mendiamkan diri, Syamsul baru-baru ini berkata akan mendedahkan hal sebenar tanpa mengaibkan ataupun membuka pekung mana-mana pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Tiada Maaf Bagi Mereka!” – Ibu Syamsul Yusof Buat IG ‘Story’, Selar Individu Runtuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments