Anak perempuan kepada Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah baru-baru ini ada berkongsikan mengenai realiti hidup berpoligami dan beristeri dua.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Nurulhidayah memberi nasihat kepada lelaki di luar sana agar tidak menjadi pengecut dan berselindung di sebalik sunnah jika ingin beristeri dua.
Dia juga meminta agar wanita di luar sana agar tahu harga diri kerana menikahi seseorang lelaki itu terjadi atas dua sebab iaitu jodoh atau bodoh.
Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al-Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan nafsu, semoga menjadi pengajaran dan iktibar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji cara kehidupan Nurulhidayah bersama isteri pertama suaminya sebelum meninggal dunia.
Suka tengok Datuk Nurul lepas jadi isteri nombor dua. Dia sangat menghormati dan menjaga perasaan isteri pertama sampai akhir hayat isteri pertama tu.
Sekadar info, Nurulhidayah telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff pada bulan Jun, 2017 yang lalu bertempat di Mekah.
Nurulhidayah pernah berkahwin kali pertama dengan Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi namun suaminya meninggal dunia pada Jun 2016 setelah mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di Bangsar.
The post “Kepada Lelaki Jangan Sesekali..” – Nurulhidayah Zahid Kongsi Tips Beristeri Dua, Poligami Ada Juga Nikmatnya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments