Sejak kebelakangan ini, topik mengenai poligami memang hangat di kalangan para netizen serta selebriti. Lagi-lagi hal rumah tangga mereka itu disebarkan di media sosial dan menjadi tumpuan ramai.
Susulan itu, Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali memberitahu alasan marah bukanlah lesen untuk seseorang mendedahkan cerita dalam kain dalam media sosial.
Menurutnya, tindakan berkenaan boleh memberi kesan buruk kepada keluarga serta menjatuhkan maruah sama ada suami mahupun isteri.
Memang setiap orang ada emosinya, tetapi emosi itu kita perlu kawal dengan fikiran. Memang tidak ada wanita yang gembira bila suami kahwin lain.
Dalam pada itu, beliau juga meminta para wanita untuk mengawal emosi dan memperbanyakkan ilmu serta maklumat berkenaan poligami terlebih dahulu.
Suzana berkongsikan perkongsiaan tersebut dalam program Wacana Sinar ke-380 bertajuk ‘Poligami: 2, 3 dan 4, bukan perampas’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Selasa.
Program tersebut turut di hadiri oleh Peguam Syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen manakala moderator adalah Ismail Adnan.
The post “Walaupun Tak Suka Atau Tak Terima Poligami, Tu Bukan Lesen Untuk Dedah Di Media Sosial” – Perunding Psikologi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments