Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik video bersama anak tirinya, Wan Maryam.
Menerusi hantaran di TikTok, Fazeera dilihat rajin melayan celoteh anak sulung Fizo itu ketika menjaga anak kandungnya, Wan Khaleeda.
Malah, Fazeera turut meluahkan rasa syukur melihat kedua-dua anaknya mesra bersama dan saling sayang menyanyangi antara satu sama lain.
Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila.
@iamfizoomar umi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ??
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kemesraan Fazeera dan Maryam walaupun anak kecil itu merupakan hasil daripada perkahwinan Fizo bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Bukan itu sahaja, Fazeera turut mendapat pujian orang ramai kerana melayan anak tirinya itu seperti anak sendiri dan ramai yang mengatakan dia juga merupakan seorang ibu tiri yang sangat baik, lemah lembut, dan penyayang.
Info tambahan, Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2019, mereka telah dikurniakan seorang anak sulung perempuan, Wan Maryam.
Pelakon berusia 37 tahun itu kemudiannya mendirikan rumah tangga semula pada 2021 bersama Fazeera dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Layan Maryam Macam Anak Sendiri, Isteri Fizo Omar Dipuji – “Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni Aman Dunia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments