#Hiburan: “Macam Rasa Dekat Korea!” – Nora Danish Teruja Pertama Kali Cuci Pakaian Di Dobi Layan Diri

Pelakon terkenal, Nora Danish baru-baru ini meluahkan rasa teruja apabila dia berkesempatan menggunakan khidmat dobi layan diri ketika dia berada di Perlis.

Difahamkan Nora berada di negeri itu kerana tuntutan kerja untuk naskah lakonan terbarunya namun tidak didedahkan secara terperinci.

Advertisement

Dalam video TikTok itu, Nora bersama dua orang rakannya dilihat teruja ketika mencuci pakaian dan aktres itu sempat memberi tunjuk ajar bagi menggunakan mesin cucian tersebut.

Hi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri tu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom.

This is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dorang pergi sini, dorang jumpa dia punya boyfriend and first love.

Menjengah ke ruangan komen, peminat turut bersama-sama teruja melihat gelagat pelakon itu bersama rakan-rakannya.

Ada juga yang memuji penampilan dan gaya Nora Danish yang dilihat sentiasa awet muda seperti golongan remaja.

Nadia Brian
21 jam lalu

"Mungkin Sebab Penampilan Saya Yang Seksi" - Nadia Brian Akui Dah Bosan Asyik Bawa Watak Penggoda

The post “Macam Rasa Dekat Korea!” – Nora Danish Teruja Pertama Kali Cuci Pakaian Di Dobi Layan Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments