#Hiburan: Tumbuk Dan Tendang Individu, Pelakon Popular Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

Lapor Awani, seorang pelakon lelaki popular berusia 38 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai di mana pelakon berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Advertisement
mahkamah kuala lumpurSumber : Google  

Mengimbas kembali, media melaporkan pelakon itu telah ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Pelakon itu difahamkan menginap di kondominium yang sama dan telah melakukan perbuatan ganas itu selepas rakan amngsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Pertengkaran mulut berlaku antara mangsa dan pengawal keselamatan sebelum pelakon itu secara tiba-tiba datang dan memukul mangsa.

Dia kemudian direman selama tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk tujuan pertuduhan.

Peguambela siti bainun tarik diri
2 hari lalu

"Dulu Menari Sakan.." - 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Kes Penderaan Adik Bella

The post Tumbuk Dan Tendang Individu, Pelakon Popular Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments