Sebelum ini, usahawan dan ikon fesyen iaitu Wak Doyok mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan isteri.
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor berkata, dia lebih memilih wanita yang lebih muda dari usianya.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 48 tahun itu turut menjelaskan kriteria wanita itu mesti anak dara dan berusia 25 tahun ke atas.
Kalau wanita tu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena jaga dia. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang.
Dalam pada itu, Wak Doyok menafikan mengenai statusnya sebagai seorang yang ‘berada’ dan memaklumkan calon isterinya turut perlu bekerja.
Mana ada kaya raya, saya orang biasa-biasa je. Tak ada duit banyak, kita cukup apa yang ada je. Kalau dia nak bersama saya, sama-sama kerja la.
Menurutnya lagi, proses untuk mengenali seseorang untuk berkahwin perlu mengambil masa yang lama dan panjang, bukannya dalam satu malam sahaja.
Kita nak kahwin ni nak seronok biar sampai akhir hayat, bukan sebab harta.
Malah, pemilik perniagaan Sushiwak itu memaklumkan calon isterinya turut perlu mendapat restu ibunya terlebih dahulu.
Dia boleh jaga saya, mak saya. Saya anak yang akhir (bongsu) yang menjaga mak, bukan anak mak tapi saya anak yang akhir.
Wak Doyok turut mendedahkan mengenai bekas kekasihnya yang enggan duduk bersama ibunya dan dia terpaksa menolak wanita berkenaan.
Yang sebelum ni dah banyak kali reject, bukan mak tak suka. Dia yang tak nak duduk dengan mak.
Oleh itu, dia lebih memilih untuk calon wanita yang boleh duduk bersamanya dan ibu serta boleh menjaga ibunya dengan baik.
The post Wak Doyok Letak Syarat Bakal Isteri Mesti Anak Dara, Sanggup Tinggal Dengan Ibu Mentua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments