Tular beberapa hari lalu mengenai satu tindakan seorang pemilik kedai kosmetik yang telah memagar kawasan kaki lima di luar pintu premis perniagaannya yang bertempat di Pasir Gudang, Johor Bahru.
Tindakannya itu sekaligus telah mengundang kecaman daripada orang ramai yang merasakan ia tidak patut dilakukan kerana telah menganggu orang awam yang lain.
Tidak berdiam diri, pemilik kedai berkenaan yang dikenali sebagai Ayu Rania tampil menzahirkan perasaan tidak puas hati gara-gara perniagaannya menjadi ‘viral’ dan terpalit dengan isu buruk.
1. Tindakan seorang usahawan kosmetik yang dipercayai berpangkalan di Pasir Gudang, Johor memagar kaki lima di luar pintu premis perniagaannya mengundang kecaman orang ramai.
Tidak berdiam diri, wanita yang dikenali sebagai Kak Long Ayu Rania itu tampil mempertahankan haknya. pic.twitter.com/aCPq0rJhPu
— FWB et cætera (@BMVFM) January 30, 2023
Bukan suka-suka, saje saje boleh nak viral kan kedai orang tanpa usul periksa yer? Lapar perhatian ke? Lapar view ke? Ke sejenis lapar viral.
Saje nak mengundang kecaman orang? Saje nak naikkan follower page ke? Ke buat page untuk kumpulkan orang kecam?
Selain itu, pengusaha kosmetik itu juga dilihat telah meletakkan kerusi di ruangan parkir di hadapa premis perniagaannya yang bakal dibuka.
Wanita itu kemudian membalas kritikan netizen dengan penjelasan bahawa sudah membayar parking berkenaan selama setahun untuk kegunaannya sendiri.
The post “LAPAR VIEW KE LAPAR VIRAL?” – Bina Pagar Keliling Premis, Usahawan Kosmetik Berang Kedainya Tular Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments