Sedia maklum, minggu lalu teruk penyanyi veteran, Mas Idayu dikecam ramai pihak kerana tindakannya memberi komen dengan nada menengking terhadap Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program Famili Duo.
Pada minggu separuh akhir ini, Mas Idayu mengambil keputusan untuk tidak memberi komen terhadap peserta dan hal itu, di maklumkan oleh rakan juri, Ajai sebelum memberi komen terhadap peserta pertama, Siti Saida dan Siti Sairah.
Mas Idayu tidak akan komen apa-apa. Dia risau komen akan disalaherti. Saya hormat keputusan dia.
big no from mami. no hal gais.
teruskan perjuangan #familiduotv3 #familiduo @tv3malaysia pic.twitter.com/62qZyhbFTY— ?themateenhansel? (@themateenhansel) January 29, 2023
Biarpun peserta pertama memujuk juri terbabit untuk memberi komen, tetapi dia hanya memberi bahasa isyarat tanda bagus saja, tetapi setelah peserta kedua, Ayda Jebat dan Fyna Jebat memujuknya, Mas Idayu membatalkan hasrat, lalu bersuara.
Bagaimanapun, melihat komen netizen, rata-rata berasa peserta-peserta tidak perlu sampai menangis mahu Mas Idayu atau mesra dipanggil sebagai Mummy memberi komen kepada mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
The post “Kami Sayang Mami” – Enggan Komen & Hanya Beri Tanda Bagus, Peserta Menangis Pujuk Mas Idayu Beri Komen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments