#Hiburan: “Boikot Je La Dia Ni..” – Shuib Ucap Tahniah Atas Perkahwinan Kedua Syamsul Yusof, Netizen Tak Puas Hati

Belum reda kehangatan kisah perkahwinan kedua antara pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama wanita pilihan, Ira Kazar, perhatian peminat nampaknya teralih kepada beberapa selebriti yang tampil mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Antara yang menjadi tumpuan adalah pelawak dan usahawan Shuib yang tidak ketinggalan meninggalkan komen syukur di atas perkahwinan Syamsul dan Ira.

Advertisement

Dalam hantaran video penjelasan yang dimuat naik pengarah itu semalam, Shuib menulis “Alhamdulillah tahniah Syamsul” di ruangan komen.

BACA: “Saya Tak Reda Dan Tak Terima Perkahwinan Dengan Ira” – Ibu Minta Syamsul Yusof Jangan Munafik

Antara rakan artis  lain yang meninggalkan komen serupa adalah pengarah Haji Zil dan juga Lando Zawawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Namun begitu, doa selamat yang dititipkan Shuib itu nampaknya tidak dapat diterima segelintir netizen yang merasakan waktu itu tidak sesuai kerana ada yang terkesan akibat perbuatan Syamsul itu.

Kata netizen, lebih baik boikot saja Shuib dari industri hiburan kerana seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dialami Puteri Sarah dan keluarga Syamsul Yusof.

Apa kata anda?

The post “Boikot Je La Dia Ni..” – Shuib Ucap Tahniah Atas Perkahwinan Kedua Syamsul Yusof, Netizen Tak Puas Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments