Sebelum ini, penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita mengakui mempunyai perasaan dan ‘tersuka’ pada suaminya, Aliff Aziz.
Susulan itu, rata-rata netizen telah memetik nama aktres, Sophia AlBarakbah berkaitan dengan kes berkenaan memandangkan dia baru-baru ini berganding dengan Aliff dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan iaitu Osman Ali langsung tidak mengetahui tentang hubungan antara mereka.
Menurut Osman, dia tidak melihat apa-apa petanda ‘pelik’ antara Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran.
Saya tak nak campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tak ada apa-apa hubungan.
Malah, pengarah itu berkata dia hanya melihat mereka berdua bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran.
Saya tak tahu pelakon yang Bella maksudkan tu siapa. Saya tak nak menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti.
Jelasnya lagi, kemesraan yang ditonjolkan antara Sophia dan Aliff hanya ketika bekerja demi penghayatan watak masing-masing.
Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka tu tak perlu dibawa sampai keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja.
Dalam pada itu, Osman menafikan dia sengaja mencipta cerita sebegitu untuk meraih publisiti drama itu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
The post “Tak Ada Yang Pelik Masa Shooting, Dua-Dua Profesional” – Pengarah Drama Nafi Sophia Albarakbah ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments