#Hiburan: Beri Pendapat Isu ‘Softp*rn’ Filem Pulau, Harith Iskander Dikecam Netizen – “You Bercakap Sebagai Seorang Islam Tak?”

Awal minggu ini, hangat diperkatakan di satu Malaysia tentang trailer filem baru bertajuk Pulau yang diarahkan oleh Euho dan menampilkan pelakon seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Namun, ramai berpendapat filem tersebut mempunyai unsur softp*rn apatah lagi ia turut menampilkan ‘p*rnstar’ dari Malaysia selain turut terdapat adegan ‘panas’ di dalam hutan.

Advertisement

babak panas filem Pulau
3 hari lalu

"Tak Suka, Tak Payah Tengok" - Ikmal Amry Anggap Adegan 'Panas' Filem Pulau Tak Perlu Jadi Bahan Sensasi

Sudah tentu setiap penggiat seni mempunyai pendapat masing-masing dalam hal ini dan ada yang memilih untuk berdiam namun segelintir turut tampil memberi respon tentang trailer filem itu.

Antara selebriti yang memberikan pendapat mereka adalah Harith Iskander yang telah memuat naik satu rakaman di media sosial berkenaan hal itu.

Menerusi klip pendek terbabit, Harith berkata jika ada yang tidak suka dan beranggapan filem itu tidak elok ditonton jadi tidak perlulah tonton.

Kepada anda yang kecewa dengan trailer ini, ini satu cadangan. Apa kata anda tidak tonton (filem itu).”

Bagaimanapun, pendapat Harith yang menurutnya radikal itu tidak disetujui oleh netizen dan ramai yang mengkritiknya kerana memberikan respon sebegitu.

Ia seolah-olah pelawak itu tidak mengambil berat tentang isu masalah sosial dan seksualiti yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak atau remaja di Malaysia ini.

Malah, ada yang berpendapat bahawa Harith tidak berfikir serta memberikan pendapat sebagai seorang Islam dan seorang bapa.

You bercakap sebagai seorang Islam ke tak? Sebagai seorang ayah ke tak? Nak be open tu berpada-pada. Kalau you tak boleh tunjuk hormat pada Islam, jangan biar orang lain terikut sama cara you.”

The post Beri Pendapat Isu ‘Softp*rn’ Filem Pulau, Harith Iskander Dikecam Netizen – “You Bercakap Sebagai Seorang Islam Tak?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments