Masih belum selesai kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, pengarah Syamsul Yusof kerana ia masih diperkatakan netizen dan dalam proses urusan mahkamah.
Baru-baru ini, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa rakan kepada Puteri Sarah ada memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story yang menzahirkan perasaan kecewa terhadap sikap suami sahabatnya itu.
Kata individu itu, dia merasa sedih apabila mengenangkan saat Puteri Sarah dirisik sehinggalah bernikah dengan Syamsul Yusof.
Time dia tergila-gilakan Sarah, time tu jugak dia nak size cincin. Dia tak kira dah Sarah tengah busy outstation ke, tengah shooting ke dia peduli apa.
Hari majlis merisik pun nak bergaduh, perangai macam budak-budak. SY ni cemburu nak mampos ye. Dia boleh skodeng (mengendap) dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain dia sangat mengongkong Sarah!
Individu itu juga meluahkan rasa kasihan terhadap anak-anak sahabatnya itu terutama Sumayya yang dikatakan ‘bersedih’ sejak kecil lagi.
Tambahnya lagi, dia membuat hantaran seperti itu bukan sekadar suka-suka tetapi kerana sakit hati apabila melihat komen segelintir netizen yang tidak mengetahui kisah sebenar di antara Syamsul dan Puteri Sarah.
“Aku nak korang yang baca ni jadikan isu yang belum ada titik noktah ini sebagai teladan untuk kita bersama” tulisnya lagi.
The post “Hari Majlis Merisik Pun Nak Gaduh” – Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof Yang Sebenar? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments