#Hiburan: Asyik Nak ‘Degrade’ Isteri, Netizen Label Suami Fatin Afeefa ‘Narsistik’ – “Dia Rasa Dia Paling Bagus”

Sejak mereka mendirikan rumah tangga, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Opai yang bekerja sebagai trader sering mengeluarkan kenyataan yang ‘mengundang’ dan membuatkan netizen meluat.

Advertisement

Sebelum ini juga dia menerima kecaman ramai warganet yang melabelnya riak selepas Opai show off pendapatan bulannya RM76,000 seminggu.

BACA: “Masa Aku Ngorat Dia, Tak Banyak Effort Pun” – Jawapan Suami Fatin Afeefa ‘Mengundang’, Netizen Label ‘Redflag’

Beberapa netizen di Twitter malah turut membahaskan tentang tingkah laku Opai yang dikatakan ‘red flag’ kerana sering mengeluarkan kenyataan yang merendahkan wanita atau dalam erti kata lain, isterinya.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berpendapat Opai mempunyai sikap narsistik kerana terlalu mahu menunjukkan bahawa dia seorang ‘alpha male’.

Suami Fatin Afeefa ni betul betul red flag, vibe narsistik. Saya takkan bersama dengan lelaki yang merendahkan wanita terutamanya isterinya sendiri.

Apa yang dikatakan netizen itu adalah kerana sebelum ini Aliff sendiri pernah membuat live di TikTok dan mengaku bahawa dia tidak perlu memberikan effort yang berlebihan untuk mengorat Fatin.

Segelintir netizen berkata tentang video di mana Opai mengkritik masakan pertama dimasak oleh Fatin Afeefa selepas bergelar isterinya.

Beberapa individu dilihat menyindirnya kerana sebelum berkahwin dengan Fatin, Opai sering membuat video merendahkan kaum Hawa.

The post Asyik Nak ‘Degrade’ Isteri, Netizen Label Suami Fatin Afeefa ‘Narsistik’ – “Dia Rasa Dia Paling Bagus” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments