#Hiburan: “Move On, Kembali Bertaubat Kepada Allah” – Bekas Isteri Ganggu, Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

Sejak kebelakangan ini, selebriti Zarina Anjoulie sering kali berkongsikan momen-momen sweet bersama teman lelaki baru, Datuk Seri Khazrul Elzey di platform media sosialnya.

Bahkan turut memberitahu mereka bakal mendirikan rumah tangga bersama tidak lama lagi.

Advertisement

Difahamkan Khazrul Elzey merupakan seorang duda dan baru-baru ini, dirinya meminta agar bekas isteri tidak menganggu hubungannya bersama Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju.

teman lelaki Zarina Anjoulie

Melalui platform TikTok kekasih Anju itu, dia mendakwa telah menjatuhkan talak tiga terhadap bekas isteri kerana nusyuz sekaligus title ‘Datin Seri’ sudah tidak lagi boleh diguna buat wanita terbabit.

Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Jangan ganggu kami.

Namun, ketika meninjau di akaun TikTok lelaki terbabit, video itu tidak ada lagi dan barangkali sudah dipadam oleh Khazrul Elzey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Sekadar info, Anju sebelum ini ada berkongsikan dirinya menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

2 minggu lalu

(VIDEO) Tempah Baju Kahwin, Ramai Ucap Tahniah Buat Zarina Anjoulie & Teman Lelaki

The post “Move On, Kembali Bertaubat Kepada Allah” – Bekas Isteri Ganggu, Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments