#Hiburan: “Siap ‘Smoking’ Lagi..” – Peminat Kecewa Alif Satar Turut Berlakon Dalam Filem Kontroversi Pulau

Tular sejak beberapa hari ini mengenai sebuah filem berjudul Pulau yang bakal ditayangkan pada bulan Mac ini didakwa mempunyai banyak adegan berbentuk ‘soft porn’ dan pakaian pelakon yang mencolok mata.

Rata-rata netizen di media sosial tampil mengkritik pengarah dan pelakon filem berkenaan yang seolah-olah membawa budaya barat dalam penghasilan filem Malaysia.

Advertisement

PU Syed
23 jam lalu

"Sangat Teruk!" - PU Syed Mohon FINAS Tapis Filem Pulau, Banyak Adegan Dan Pemakaian Terlalu Seksi

Malah, PU Syed juga lantang mengutuk penghasilan filem itu dan meminta pihak FINAS untuk menapis kandungan layar sebelum dipertontonkan kepada umum nanti.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila sesetengah netizen meluahkan rasa kecewa kerana pelakon versatil Alif Satar turut sama terlibat dalam penggambaran filem tersebut.

Alif yang jarang terkait dengan kontroversi murahan turut dilihat merokok  seperti ditonjolkan dalam sedutan filem itu bagi rangka promosi.

Kata peminat, mereka kecewa melihat Alif sanggup dan tergamak berlakon dalam naskah seperti itu.

Macam tak percaya Alif Satar tergamak berlakon dalam filem ni.

Tu aku kecewa tu. Alif Satar berlakon cerita ni weh. Siap smoking. Seriously?

Sekadar info, filem Pulau terbitan My Way Pictures ini bakal ditayangkan pada 9 Mac dan ia menampilkan para pelakon seperti Amelia Handerson, Ikmal Amry, Alif Satar, Pui Yi, Harris Anuar dan ramai lagi.

The post “Siap ‘Smoking’ Lagi..” – Peminat Kecewa Alif Satar Turut Berlakon Dalam Filem Kontroversi Pulau first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments