Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendapat perhatian orang ramai selepas menganggap dirinya sebagai ‘lelaki alfa’ yang membuatkan isterinya lebih tertarik kepadanya.
Susulan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Alif atau lebih dikenali sebagai Opai itu telah mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap dirinya sebagai ‘red flag’ dan ‘narcissistic’.
Tidak berdiam diri, isterinya Fatin tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi siaran langsung di laman TikTok.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia lebih mengenali suaminya dan memaklumkan suaminya memang seorang yang suka bergurau.
Suami saya tu memang suka bergurau. Saya kenal lah dia macam mana. Tapi setengah orang yang tak kenal dia akan terkejut dengan gurauan kasar dia.
Bukan itu sahaja, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin meminta orang ramai untuk tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius.
Korang kata kenapa Opai nak kena gurau macam ni, kena serius. Semua benda nak serius boringlah.
Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan itu memaklumkan hubungannya bersama suami sememangnya sering bergurau senda dan itu menjadi salah satu punca dia memilih Alif sebagai suaminya.
Relationship saya dan dia tak serius pun, kami jenis yang ‘happy go lucky’. Sebab itu saya pilih dia. Kalau semua benda nak serius, penatlah. Kita nak happy happy.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Dikecam Label Diri Sebagai Lelaki Alfa, Fatin Afeefa ‘Backup’ Suami – “Dia Memang Suka Bergurau” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments