Persembahan para selebriti dalam program nyanyian Famili Duo sering meraih perhatian. Setiap minggu ada saja isu yang diperkatakan membabitkan peserta program yang ditayangkan di TV3 itu.
Selain isu Mas Idayu dan Sissy Iman, Ayda Jebat turut meraih perhatian ramai warganet kerana solekan dan outfit yang digayakannya pada persembahan minggu lalu.
Ayda dan adiknya, Fyna Jebat telah disolek oleh jurumekap terkemuka, Dato’ Alha dan menggayakan fesyen ala ala Puteri Cleopatra.
Tidak memakai ‘mahkota’ di kepala namun gaun mereka yang dipenuhi dengan hiasan keemasan menjadi bualan netizen di mana ada antaranya berpendapat tidak bersesuaian dengan erti sebenar lagu dinyanyikan, Mimpi Laila dan Balqis.
Bagaimanapun, bukan itu sahaja yang mendapat perhatian tetapi juga wajah isteri kepada Nabil Mahir itu disamakan dengan AC Mizal ketika membawakan watak ‘mak nyah’ dalam drama Gerak Khas.
Menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata netizen berkata tentang hal yang sama dan berkata solekannya membuatkan wajah Ayda persis aktor dan juga pengacara terkenal tersebut.
The post Bergaya Ala Ratu Cleopatra Tapi Netizen Samakan Ayda Jebat Dengan AC Mizal Versi ‘Mak Nyah’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments