#Hiburan: “Kalau Orang Lain Dah Menangis Tak Keluar Bilik” – Ramai Kagum Lihat Puteri Sarah Tetap Ceria Di Set Penggambaran

Seperti yang ramai tahu, isu rumah tangga pasangan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan selepas dikejutkan dengan berita perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar.

Walaupun sedang diuji dengan masalah rumah tangga, Puteri Sarah tetap tenang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon di set penggambaran.

Advertisement

Menerusi hantaran video di laman TikTok, Sarah dilihat sedang menjalani penggambaran drama bersama pelakon, Hannah Delisha di sebuah kawasan pejalan kaki di Bangi.

Malah, seorang kru penggambaran turut memuji sikap ibu kepada dua orang anak itu kerana tetap profesional dan ceria bekerja walaupun ditimpa ujian berat.

Masalah, masalah, shooting tetap shooting.

Menurut Sarah, dia hadir ke set penggambaran atas dasar tanggungjawab dan percaya sekiranya dia memudahkan urusan orang lain, tuhan akan memudahkan urusannya.

Allah sayang aku dan semua orang sayang aku. Semangat! tanggungjawab jangan disia-siakan.

@amynawari1210

Bukan nak cakap apa lah! Kau memang strong la Sarah. Datang set.. masih boleh perform.. kalau orang lain mesti dah menangis tak keluar bilik. tapi spirit kau memang lain macam lah. Thank you la selalu memudahkan urusan shooting kitaorang.. Kau mudahkan urusan kitorg, Allah akan mudahkan urusan kau.. #puterisarahliyana #Strongwoman #andaiitutakdirnya

? original sound – Amy Nawari – Amy Nawari

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum melihat pelakon berusia 37 tahun itu yang mempunyai semangat tinggi.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyifatkan Sarah sebagai seorang wanita yang kuat kerana bukan semua orang boleh menjalani ujian yang dilaluinya itu dengan tenang.

Kalau orang lain mesti dah menangis tak keluar bilik. – Netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 jam lalu

"Nanti-Nantilah.." - Diminta Beri Penjelasan Anak Kahwin Di Thailand, Kazar Mahu 'Kunci Mulut'

The post “Kalau Orang Lain Dah Menangis Tak Keluar Bilik” – Ramai Kagum Lihat Puteri Sarah Tetap Ceria Di Set Penggambaran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments