Beberapa tahun yang lalu, kisah penceraian Intan Saleh bersama bekas suami, Ude Wahid pernah menjadi topik hangat dikalangan netizen serta media.
Lagi membuatkan kes terbabit ‘panas’ kerana ia melibatkan pelakon, Izreen Azminda yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan.
Terbaharu, Izreen serta suaminya, Ude ada memuat naik status di Instagram Story seakan-akan meluahkan rasa kesal terhadap seseorang dan Intan turut melakukan perkara yang sama.
Melalui status yang dilakukan oleh wanita tersebut, dia berkata mempunyai sebab sendiri kenapa masih belum dapat memaafkan perkara sebelum ini serta enggan mengulas secara terperinci kerana melibatkan hal yang tidak sepatutnya diketahui ramai.
Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mengakui dirinya tidak baik dan mempunyai dosa tersendiri tetapi pihak sana tidak perlu mengugut serta sibuk dengan kehidupan orang lain.
View this post on Instagram
Sekadar info, Intan Saleh kini sudah pun hidup bahagia dengan suami baru, Aizam Yahya dan mempunyai cahaya mata lelaki bersama dengannya.
The post “Buatlah Macam-Macam Bagi Nampak Kita Hina, Macam Dia Takde Aib!” – Intan Saleh Hilang Sabar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments