#Hiburan: Berlaku Perselisihan Faham, Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Liga Super Bergaduh Di Restoran

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai seorang bekas jurulatih Liga Super berusia 50-an yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama seorang penyanyi wanita berusia 29 tahun.

Bekas jurulatih itu telah berkahwin dengan wanita yang juga merupakan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air dan kini sedang menyertai sebuah pertandingan nyanyian bersama-sama.

Advertisement

Namun baru-baru ini, kedua isteri bekas jurulatih itu sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan bergaduh di sebuah restoran.

Gambar Hiasan

Menurut laporan FMT, pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut Iqbal, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi dan kedua-dua isteri sudah tampil membuat laporan polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) iaitu kelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Info tambahan, bekas jurulatih berkenaan telah berkahwin kali pertama sekitar tahun 80-an dan dikurniakan tiga orang anak hasil daripada perkahwinan bersama isteri pertama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kahwin
3 minggu lalu

Bekas Jurulatih Liga Super Kahwin Kali Kedua Dengan Adik Penyanyi Terkenal Tanah Air?

The post Berlaku Perselisihan Faham, Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Liga Super Bergaduh Di Restoran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments