Sejak membuat pengumuman mengenai perkahwinannya bersama isteri kedua Ira Kazar, pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof sering diasak teruk oleh netizen.
Bukan itu sahaja, berita perkahwinan mereka turut mengejutkan ibunya, Datin Patimah Ismail yang secara terang-terangan menentang keputusan Syamsul.
Malah, Datin Patimah turut meluahkan rasa terkilan dengan bapa kepada Ira iaitu pelakon, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya bernikah di Thailand.
Dalam pada itu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dilihat reda dengan keputusan anaknya namun turut meluahkan rasa kecewa sehingga tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual oleh Melodi.
Menerusi laporan Harian Metro, Syamsul menegaskan dia tidak ada niat langsung untuk membelakangi ibu dan bapanya mengenai keputusan berkahwin dua.
Saya dah tengok video tangisan ayah dan saya dah baca komen-komen mama dekat media sosial.
Menurutnya lagi, dia sedar keputusan yang diambil itu bukan mudah untuk diterima keluarga namun percaya hanya masa yang akan mengubati mereka semua.
Saya akan cuba sedaya-upaya untuk pujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu bukan mudah. Insya-Allah saya tak akan pernah berhenti mencuba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Saya Sedar Bukan Mudah Untuk Mereka Terima” – Syamsul Yusof Akui Dah Baca Komen Ibu & Tengok Video Bapa Menangis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments