#Hiburan: (VIDEO) “Terus Hilang Rasa Hormat Kau..” – Marah Dengan Kisah Syamsul, Isteri Sanggup Tengking Suami Tak Bersalah

Sedia maklum, kisah perkahwinan Syamsul bersama ‘orang ketiga’, Ira Kazar baru-baru ini sememangnya menjadi topik bualan ramai dan rata-rata meluahkan rasa geram apabila melihat pelakon tersebut kelihatan tenang semasa mengumumkannya.

Lagi-lagi buat kaum hawa yang sudah pun bergelar isteri, mereka kebanyakkannya beranggapan Syamsul tidak sewajarnya membuat seperti itu kepada isteri pertama, Puteri Sarah.

Advertisement

Tetapi, ada juga sesetengah isteri yang terlalu ‘mengambil berat’ isu ini hingga suami mereka menjadi tempat lepaskan geram biarpun tidak bersalah.

Pengguna memuat naik semula video terbabit di platform TikToknya kerana mahu menegur sesetengah kaum isteri yang sanggup menengking suami biarpun tidak mempunyai wanita lain.

Kerana emosi dan terlalu terikut-ikut kisah orang luar berlaku curang, si isteri hilang rasa hormat terhadap suami.

Malah, individu tersebut turut pertikaikan tindakan wanita yang terlalu ikutkan emosi biarpun perkara yang sedang berlaku itu sama sekali tiada kaitan dengannya.

Meninjau di ruangan komen, difahamkan wanita yang berada dalam video itu hanya mengguna semula audio orang lain dan sekadar miming saja.

Sehingga artikel ini di tulis, video tersebut meraih lebih 14,000 tanda suka dan hampir 400,000 tontonan daripada orang ramai.

1 jam lalu

"Saya Nak Cari Ketenangan & Mulakan Hidup Baru" - Puteri Sarah Nekad Failkan Cerai

The post (VIDEO) “Terus Hilang Rasa Hormat Kau..” – Marah Dengan Kisah Syamsul, Isteri Sanggup Tengking Suami Tak Bersalah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments