Pelakon dan juga bekas suami kepada aktres Fatin Afeefa, Adam Shahz memaklumkan bahawa dia dan bekas isterinya itu gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada hari ini.
Proses Sulh itu kemudiannya disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.
Adam yang ditemui media berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk ‘lawan’ di mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaannya sebagai seorang bapa agar silaturahim dia dan anak tidak terputus.
Katanya lagi, meskipun tidak mendapat hak penjagaan bersama, sekurang-kurang dia boleh bertemu Ivy dengan diberikan hak lawatan sewajarnya.
Saya cuma mahu berjumpa anak, kalau saya tak dapat hak penjagaan pun, saya mahu hak lawatan. Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu walaupun kami sudah bercerai tetapi kalau tengok situasi sekarang, saya perlu dapatkan hak saya.
Ujarnya lagi, dia sudah tiga bulan tidak bertemu Ivy yang kini berusia lapan tahun dan cubaan untuk menghubungi anaknya gagal kerana nombor telefonnya telah disekat oleh keluarga bekas mentua.
View this post on Instagram
Saya sendiri tak tahu anak saya dekat mana sekarang. Sebab Fatin, mak mertua dan pihak sebelah sana sudah block, jadi saya tak boleh nak berhubung.
Sementara itu, cubaan media untuk mendapatkan kenyataan Fatin berhubung kes itu tidak berjaya apabila dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.
The post “Saya Tak Tahu Mana Anak Saya Sekarang” – Gagal Capai Kata Sepakat Dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz Tetap Lawan Tuntut Hak Penjagaan Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments