#Hiburan: Anak Pelakon Mengaku Salah Miliki & Hisap Dadah, Dihukum Penjara 13 Bulan

Seorang anak kepada pelakon popular era 1990-an mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan memiliki dan menghisap dadah.

Menurut laporan Utusan, tertuduh yang dikenali sebagai Syarra Sudarman telah membuat pengakuan berkenaan atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 29 tahun itu memiliki dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.72 gram pada 12 Oktober tahun lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh telah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine pada tarikh yang sama di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Sebelum ditangkap, tertuduh dalam rayuannya menyatakan dia memiliki pekerjaan tetap di Kuala Lumpur dan menanggung sepenuhnya seorang anak.

Tambahnya lagi, anaknya kini dalam jagaan ibunya dan sepanjang dia berada di Penjara Sungai Udang, Melaka, dia menerima panggilan sebanyak dua kali dari ibunya yang memaklumkan kurang sihat.

Saya harap hukuman dijalankan sama dengan tarikh saya ditangkap untuk saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Majistret menjatuhkan hukuman 8 bulan penjara dari tarikh tangkapan bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dihukum 5 bulan penjara dari tarikh sabitan serta pengawasan polis tidak kurang selama 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yeti Airlines crash
7 jam lalu

(VIDEO) Rakaman Detik Terakhir Mangsa Nahas Pesawat Yeti Airlines Tular?

The post Anak Pelakon Mengaku Salah Miliki & Hisap Dadah, Dihukum Penjara 13 Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments