Omayra Sanchez, gadis Colombia berusia 13 tahun telah menggemparkan dunia gara-gara kisah tragis yang menimpanya pada tahun 1985.
Sekitar jam 9.09 malam tanggal 13 November 1985, Gunung Berapi Nevado Del Ruid telah dilaporkan meletup dan menyebabkan lahar api mengalir merentasi Pekan Armero, Colombia sehingga mengorbankan lebih 22 ribu penduduk di situ, termasuklah gadis malang ini.
Omayra yang pada ketika itu berada di rumah bersama ahli keluarganya dihujani batu-batu arang sebelum lahar gunung berapi menghampiri dan memusnahkan kediaman mereka.
Ayah dan mak cik gadis itu mati di tempat kejadian manakala Omayra terselamat namun badannya tersekat di siling rumah mereka.
Kaki Omayra harus dipotong
Gadis itu dilaporkan tersepit di antara runtuhan gergasi dan anggota penyelamat telah cuba menariknya keluar namun gagal. Keputusan untuk memotong kaki Omayra juga tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang jangkitan yang akan memburukkan keadaan mangsa.
Tayar dipakaikan agar Omayra tidak lemas
Pasukan penyelamat kemudian memakaikan tayar di sekeliling tubuh Omayra agar tidak lemas. Penyelam juga mendapati ibu saudara gadis itu turut memegang kaki Omayra di sebalik runtuhan.
Omayra mula berhalusinasi
Detik demi detik, keadaan Omayra semakin lemah dan pada hari ketiga gadis itu tersangkut dalam runtuhan tersebut, dia mula berhalusinasi seperti menyebut ‘tidak mahu ke sekolah’ dan ‘ada ujian matematik’.
Mata semakin hitam
Di saat akhir kehidupannya, Omayra yang tenggelam lama di dalam air itu mula mengalami gejala mata yang semakin hitam dan tangannya menjadi putih. Tepat jam 10.05 malam dan 60 jam dalam keadaan demikian, Omayra menghembuskan nafas terakhir akibat hipotermia dan juga gangren.
Berikutan tragedi itu, rakyat Colombia meletakkan kesalahan kegagalan menyelamatkan nyawa Omayra kepada kerajaan yang dilihat gagal menyediakan fasiliti keselamatan yang lengkap. Negara Colombia pada ketika itu juga menghadapi serangan pemberontak kerajaan sekaligus tumpuan lebih dialihkan kepada isu keselamatan negara.
Omayra sehingga kini menjadi simbol tragedi kepada dunia dan terutamanya negara itu sebagai peringatan kegagalan kerajaan menangani krisis yang menimpa rakyat mereka.
Saat-saat akhir gadis itu juga sempat dirakam jurugambar Perancis, Frank Fournier dalam satu siri gambar yang diberi tajuk ‘The Agony of Omayra Sanchez’. Foto tersebut turut memenangi anugerah World Press Photo of The Year bagi tahun 1986.
The post #TriviaNara – Kisah Omayra Sanchez, Anak Gadis Yang Dibiarkan Mati Dalam Runtuhan Bangunan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments