#Hiburan: Baru Balik Dari Umrah, Netizen Tegur Pakaian Intan Najuwa – “Masa Pergi Boleh Tutup Semua”

Sebelum ini, pelakon jelita iaitu Intan Najuwa dan keluarga telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah pada 3 Januari lalu.

Menerusi hantaran di Insta Story, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa gementar setiap kali mengerjakan ibadah Umrah.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa binti Abdul Wahid meminta orang ramai untu mendoakan agar ibadah Umrah mereka dipermudahkan.

Ya allah, nervous nya. Setiap kali nak kesana, dia punya nervous tak tahu nak cakap macam mana.

Terkini, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi foto yang dimuat naik di laman Instagram memaparkan dirinya ketika sedang bercuti di Dubai.

Menerusi hantaran tersebut, Intan dilihat mengenakan gaun berwarna mustard berlatar belakangkan kawasan padang pasir.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah gaun yang digayakan oleh aktres berkenaan telah mendedahkan bahagian perutnya sekaligus mengundang pelbagai reaksi orang ramai memandangkan dia baru sahaja pulang dari Tanah Suci.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memita Intan untuk menjaga pemakaiannya lebih-lebih lagi apabila dia baru sahaja selesai mengerjakan ibadah Umrah.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan Intan agar diberikan petunjuk dan hidayah agar terus kekal menutup aurat bukan hanya di Tanah Suci sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 jam lalu

Gambar Naim Daniel & Sissy Imann Tak Ada Dalam Poster 'Famili Duo', Netizen Tertanya - "Tarik Diri Ke?"

The post Baru Balik Dari Umrah, Netizen Tegur Pakaian Intan Najuwa – “Masa Pergi Boleh Tutup Semua” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments