#Hiburan: “Saya Sangat Sibuk Sekarang” – Isteri-Isteri Bergaduh, Zainal Abidin Belum Sedia Untuk Bersuara

Sedia maklum, beberapa hari lalu tular berita mengenai pertelingkahan kedua-dua isteri, bekas jurulatih bola sepak antarabangsa, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah kedai mamak.

Isteri kedua iaitu Fyna Jebat telah pun membuat laporan polis selepas saja kejadian terbabit berlaku dan difahamkan daripada laporan polis, isteri pertama, Datin Zalina menyerang madu kerana berkahwin tanpa pengetahuan dia serta mendakwa wanita berkenaan memerlinya di program Famili Duo.

Advertisement

Susulan isu yang telah kecoh di serata platform itu, Zainal Abiddin telah dihubungi untuk ditemubual namun dia masih belum bersedia bagi memberikan sebarang kenyataan situasi terbabit.

Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa. Insya-Allah.

Selepas memberikan jawapan tersebut, pemain bola sepak terkenal ketika era 80-an dan 90-an itu terus menamatkan panggilan selain mesej di aplikasi WhatsApp turut tidak dibalas.

Sebelum ini, nama Datuk Zainal Abiddin menjadi sebutan ramai kerana telah berkahwin untuk kali kedua bersama wanita yang jauh lebih muda darinya biarpun ketika itu masih bergelar suami kepada isteri pertama.

Zainal Abidin Hassan belum duda
2 minggu lalu

"Mesti BFF Ira Ni.." - Fyna Jebat Akui Dah Kahwin, Ada Dakwa Zainal Abidin Bukan Duda?

The post “Saya Sangat Sibuk Sekarang” – Isteri-Isteri Bergaduh, Zainal Abidin Belum Sedia Untuk Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments