#Hiburan: “Saya Tak Marah Dah Dekat Oman Cuma Geram, Sebab Apa? Rahsia..” – Abby Abadi

Selebriti, Abby Abadi mengakui tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suami, Norman Hakim dan masih mempunyai hubungan baik antara satu sama lain.

Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, kini dia bersama Norman bersahabat baik dan sudah buang jauh perasaan marah setelah 13 tahun membuat haluan masing-masing.

Advertisement

Malah, kemesraan hubungan di antara dua keluarga itu dapat dilihat melalui hantaran-hantaran yang sering dikongsikan di laman media sosial mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Terbaharu, Abby ada berkongsi video keluarganya serta keluarga bekas suami menyambut ulang tahun kelahiran Norman yang ke-47 pada 8 Januari lalu.

Kami macam kawan baik sekarang kan? Saya tak marah dah dekat Oman cuma geram. Sebab apa? Rahsia.

Dalam pada masa yang sama, dapat lihat Norman mengucapkan terima kasih kepada pelakon tersebut kerana sudi untuk membuat sambutan ulang tahun kelahirannya.

Malah, Norman berkata masih menyayangi Abby sebagai ibu kepada anak-anaknya serta Faizal sebagai seorang bapa yang menjadi ketua keluarga mereka.

Sekadar info, Abby Abadi dah Norman Hakim telah berkahwin pada tahun 2002, namun bercerai 7 tahun kemudian dan masing-masing mempunyai pasangan sendiri selepas itu.

Abby Abadi Memey
3 hari lalu

"Dia Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita" - Abby Abadi Respon Netizen Ungkit Kes Cerai Dengan Norman Hakim

The post “Saya Tak Marah Dah Dekat Oman Cuma Geram, Sebab Apa? Rahsia..” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments