Sebelum ini, mahkamah menolak rayuan Ali Puteh bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, balu Allahyarham Abam Bocey itu memaklumkan keputusan rayuan saman fitnah yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember lalu.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keputusan rayuan saman fitnah mahkamah sudah diputuskan dan berpihak kepada saya.
Bukan itu sahaja, Hidayah turut meminta Ali atau atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan untuk tidak melengahkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000.
Semoga pihak sebelah sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang sudah ditetapkan.
Jelasnya lagi, pembayaran tersebut membolehkan dia dan anak lelaki, Hamzah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.
Dalam pada itu, Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dia dan anaknya Hamzah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Balu Abam Bocey Menang Rayuan Mahkamah, Minta Ali Puteh Tak Lengahkan Bayaran Ganti Rugi RM60K first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments