#Hiburan: Bertindak Sebelum Terlambat, Zurich Sedia Bantu Daripada Sebarang Kemungkinan Berlaku!

Siapa yang belum ada insurans tu, baik buat sekarang! Jangan “sudah terhantuk, baru tengadah”. 

Untuk pengetahuan, sebanyak 30 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan peribadi walaupun telah mencecah usia merancang kewangan dan telah matang tau. Wah, ramainya!

Advertisement

Sehingga kini, masih ramai lagi yang keliru tentang pelan perlindungan diri yang manakah sesuai untuk dilanggani dan kepentingan setiap pelan. 

Seperti yang anda tahu, insurans atau takaful merupakan satu bentuk perlindungan yang memainkan peranan penting dengan memberikan banyak kebaikan kepada individu apabila berlakunya musibah. 

Jadi, apakah pelan insurans atau takaful yang patut dilanggani dan apakah antara faedah yang kita akan dapat? Haa, jangan pening-pening kepala, jom kami kongsikan 4 pelan insuran / takaful daripada Zurich yang CONFIRM akan buat anda tertarik untuk melanggan!

1. Lindungi Rumah Dengan Pelan

Zurich

Rumah merupakan salah satu aset penting yang menjadi tempat untuk seisi keluarga berteduh dan kekal selamat. Jadi, kita haruslah melindungi rumah sebaik mungkin daripada sebarang ancaman atau perkara yang tidak diingini berlaku. 

Dengan Z-HomeProtect Takaful, anda tak perlu risau tentang sebarang kemungkinan sebab ia menawarkan pelbagai manfaat perlindungan bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku terhadap rumah kediaman anda akibat kejadian atau bencana yang dilindungi. 

Terdapat 2 seksyen yang ditawarkan oleh Zurich yang anda boleh langgani iaitu:

Pemilik Rumah

Zurich memberikan jaminan perlindungan untuk Rumah Kediaman Persendirian termasuk garaj, bangunan-bangunan luar dalam premis yang sama, lekapan dan lengkapan, dinding, pintu pagar, dan pagar di sekeliling premis. 

Isi Rumah

Barangan rumah dan barangan peribadi terkandung di dalam Rumah Kediaman Persendirian yang dimiliki oleh anda atau mana-mana ahli keluarga yang biasanya menetap bersama akan dilindungi oleh Zurich. 

Haa, baguskan pelan insuran ini? Lepas ni anda tak perlu risau lagi jika terjadi apa-apa terhadap rumah kediaman serta isi rumah anda. Kalau anda tahu apakah antara manfaat yang anda boleh peroleh dengan pelan ini, klik DI SINI.

2. Perniagaan Dijamin Selamat Dengan Zurich SME Business Takaful

Zurich

Untuk anda yang mempunyai perniagaan, Zurich SME Business Takaful adalah pelan insuran yang tepat sebab ia menawarkan 3 jenis penyelesaian yang komprehensif untuk perlindungan perniagaan anda. 

Antaranya Z One Business yang memberi liputan secara langsung dan menyeluruh dan Z Flexi Business yang tidak mengehadkan kuasa untuk liputan perniagaan.

Menariknya, Zurich menawarkan banyak manfaat dalam pelan insuran ini seperti diskaun sehingga 30% untuk Takaful atau Insurans Kebakaran. Wow, banyaknya!

Bukan itu saja, anda juga akan diberikan fleksibiliti yang mana had tunggal gabungan untuk perlindungan Z ONE Business (Kelas Tanpa Kebakaran) yang membolehkan anda membahagikan keseluruhan jumlah had mengikut keperluan yang diinginkan. 

Selain itu, anda turut akan menerima jaminan penerimaan apabila anda memenuhi 3 peraturan pra-pengunderaitan iaitu: 

– Terpakai kepada Kelas Pembinaan 1A dan 1B sahaja

– Tiada kerugian sebelumnya > RM 10,000, dan

– Cadangan insurans atau takaful anda tidak pernah ditolak atau dibatalkan atau ditolak pembaharuan sebelum ini. 

Tak cukup dengan itu, anda juga akan diberi faedah PERCUMA untuk penggantian sistem anti-kecurian, kos pembersihan dan kesan peribadi. Wah, terbaiklah pelan insuran ini! 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut apakah faedah lain yang Zurich tawarkan dalam pelan ini, klik saja DI SINI

3. Z-Driver Takaful Beri Perlindungan Terbaik Untuk Kereta

Zurich

Tengah musim banjir ni, ada baiknya kalau anda lakukan persediaan awal dengan melanggani pelan insuran Zurich Z-Driver

Kalau anda nak tahu, pelan ini menawarkan 4 faedah menarik tau seperti anda akan menerima bayaran balik sehingga RM5,000 untuk menunda dan membersihkan kenderaan akibat banjir dengan hanya RM10 setahun. Biar betul?!

Selain itu, diskaun 60% dari kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas (Bencana Alam). anda mendapat ketenangan fikiran mengetahui bahawa kenderaan anda dilindungi daripada kerosakan akibat banjir, taufan, ribut, gempa bumi atau kejadian alam semula jadi yang lain.

Kadar premium/caruman hanya 0.2% daripada Jumlah Diinsuran/Jumlah Perlindungan.

Anda juga akan menerima 20% untuk nilai lebihan yang perlu dibayar di mana anda boleh pilih had yang ditawarkan untuk dibayar sendiri jika ada tuntutan untuk mendapatkan diskaun daripada motor premium anda. 

Bukan itu saja, kalau anda merupakan pemandu e-Hailing, lepas ni anda tak perlu risau dengan kereta yang dipandu sebab Zurich menawarkan pengesahan e-Hailing yang mana anda diberi kuasa untuk mempunyai polisi insurans motor yang komprehensif. Ini yang kita mahukan!

Dengan pelan ini, anda juga dapat menikmati perlindungan kemalangan sendiri(personal accident) sehingga RM175 ribu untuk satu kereta dengan bayaran serendah RM15 setahun. 

Fuhh, banyaknya faedah yang Zurich tawarkan! Nak tahu lebih banyak faedah, klik saja DI SINI!

4. Lindungi Keluarga Tersayang Dengan Zurich Takaful Al-Shams

Zurich

Sebut saja tentang keluarga, kita akan sanggup melakukan apa saja demi mereka dan kalau boleh kita akan cuba sehabis baik untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman betul tak? 

Namun, anda dah ada pelan insuran untuk keluarga ke belum? Kalau belum, Zurich Takaful Al-Shams adalah insuran yang sesuai untuk anda! 

Dengan pelan insuran ini, Zurich menyediakan perlindungan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kehidupan, termasuk kematian, perlindungan hilang upaya serta manfaat kematian akibat kemalangan.

Kalau anda nak tahu, Takaful Al-Shams menawarkan ciri Penerimaan Terjamin yang memastikan anda kekal dilindungi walau apa jua keadaan kesihatan anda tanpa perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tau.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan caruman yang berpatutan serta memberi manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) sehingga akhir tempoh sijil. 

Bukan itu saja, dengan Takaful Al-Shams, anda akan peroleh tambahan 5% daripada Jumlah Perlindungan Asas selama 5 tahun untuk meringankan beban kewangan serta membantu anda kembali pulih sekiranya anda mengalami HUKK. Wow, bagusnya!

Jika mana-mana 4 orang ahli keluarga anda terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa, Zurich akan membayar RM10,000 sekali gus bagi setiap ahli keluarga, hanya untuk tahun sijil ke-3 dan seterusnya saja.

Manakala, jika anda meninggal dunia, RM2,000 akan dibayar dalam bentuk bantuan kewangan dan sehingga 4 orang ahli keluarga saja yang layak untuk menyertai pelan takaful keluarga Zurich yang baharu dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas tanpa taja jamin perubatan.

Lebih Banyak Faedah & Jaminan Daripada Zurich

Sekarang anda dah tahu kan Zurich tawarkan pelbagai jenis pelan insuran yang terbaik? Jadi, cepat langgan pelan insuran Zurich sekarang untuk mencipta masa depan yang lebih cerah!

Untuk maklumat lanjut tentang pelan insurans daripada Zurich, layari laman web rasmi Zurich atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram

The post Bertindak Sebelum Terlambat, Zurich Sedia Bantu Daripada Sebarang Kemungkinan Berlaku! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments