#Hiburan: “Mungkin Berlaku Tanpa Niat, Iyalah Kita Kadang-Kadang Pun Stres” – Cat Farish Didakwa Lafaz Cerai 3 Kali Terhadap Isteri

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi Cat Farish menjadi bualan ramai selepas isterinya baru-baru ini mendakwa telah diceraikan olehnya.

Menurut Suriani Hassan, suaminya itu telah melafazkan talak terhadapnya malah dia juga terkejut apabila Cat dikatakan telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa, tanpa sebab.

Advertisement

Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan.”

Kata wanita berusia 36 tahun itu, dia telah pun mendaftar untuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember untuk menentukan berapa jumlah talak dilafazkan oleh Cat.

Tambahnya lagi, usaha bagi menyelesaikan masalah tidak disambut baik apabila Cat yang dihubungi sebanyak tiga kali tidak memberikan sebarang respon.

Ketika ditanya, Cat berkata dia juga sedang mencari penyelesaian terbaik namun enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isterinya itu.

Saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah. Sebab perkara ini mungkin berlaku tanpa niat, iyalah kita kadang-kadang pun stres. Jadi, saya menunggu 16 Januari untuk tahu status sebenar kami.”

Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun tersebut turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dia dan Suriani.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fuad rahman
2 minggu lalu

"Tiada Istilah Dalam Proses" - Individu Dakwa Fuad Rahman Masih Suami Orang, Nombor Pendaftaran Cerai Di Singapura Tak Wujud

The post “Mungkin Berlaku Tanpa Niat, Iyalah Kita Kadang-Kadang Pun Stres” – Cat Farish Didakwa Lafaz Cerai 3 Kali Terhadap Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments