#Hiburan: Menteri Komunikasi Setuju Filem ‘Pulau’ Tak Sesuai Ditayangkan – “GSC Tarik Semula Trailer”

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil berpendapat bahawa filem bergenre seram bejudul Pulau tidak sesuai untuk ditayangkan kerana mempunyai adegan ‘panas’ dan melibatkan pelakon yang berpakaian mencolok mata.

Bagaimanapun, Fahmi berkata beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.

Advertisement

Merujuk kepada ‘trailer’ filem tersebut, Fahmi memaklumkan beliau sendiri sudah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC).

Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran.

Difahamkan, penerbit filem berkenaan memutuskan menarik balik ‘trailer’ terbabit dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.

Berdasarkan laporan yang diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke ‘trailer’ filem tersebut.

Trailer itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu.

Dalam pada itu, Fahmi memohon pihak media untuk berhubung dengan pihak LPF kerana beliau telahpun meminta pihak FINAS untuk meneliti, kaji semula dan rombak SOP (Prosedur operasi sttandard).

Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian.

Info tambahan, media melaporkan FINAS tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

6 jam lalu

"Apa Salahnya Ada Babak Panas?" - Penerbit Filem Pulau

The post Menteri Komunikasi Setuju Filem ‘Pulau’ Tak Sesuai Ditayangkan – “GSC Tarik Semula Trailer” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments