Seperti yang ramai tahu, pelakon Puteri Sarah Liyana telah berangkat ke Tanah Suci bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah pelakon berusia 37 tahun itu hanya ditemani oleh ahli keluarga ketika berangkat dari lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Susulan itu, orang ramai telah mempersoalkan keberadaan suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof yang tidak kelihatan di lapangan terbang untuk menemani isteri dan anak-anak ke Tanah Suci.
Namun, apa yang mengundang sebak orang ramai apabila melihat anak sulung mereka, Syaikhul hanya ditemani kru mutawwif dan peserta umrah lain sepanjang beribadah di sana.
Malah, mereka turut kelihat gembira dan langsung tidak kekok mengajar kanak-kanak berusia 7 tahun itu walaupun sepatutnya tugas itu digalas oleh si ayah.
Bukan itu sahaja, Syaikhul dan Sumayyah turut dilayan baik oleh pelakon Emma Maembong yang turut menyertai rombong umrah itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat anak-anak Puteri Sarah yang masih tersenyum gembira ketika berada di Tanah Suci meskipun tanpa kehadiran ayah mereka disisi.
Malah, netizen turut menganggap walaupun mereka masih kecil dan tidak memahami situasi yang berlaku, namun mereka masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa syukur kerana mereka sentiasa dijaga dan dilayan baik oleh orang-orang sekeliling.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Netizen Sebak Syaikhul & Sumayyah Hanya Ditemani Kru Di Tanah Suci – “Lelaki Di Sekeliling Tapi Bukan Ayah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments