Setelah sekian lama kemelut rumah tangga berlaku, akhirnya pelakon Puteri Sarah mahu memfailkan perceraian bersama suami, Syamsul Yusof kerana enggan bermadu dengan ‘orang ketiga’, Ira Kazar.
Bukan saja hati Sarah hancur, malah ibu kepada Syamsul Yusof juga tidak dapat menerima hal terbabit dan ada memuat naik status di Instagram Story hingga menarik perhatian ramai.
Melalui status tersebut, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail memberitahu Ira telah menghancurkan kebahagiaan rumah tangga anak serta menantunya.
Sejak pengarah tersebut mengumumkan bahawa dirinya telah mengahwini untuk kali kedua, Datin Patimah sememangnya tidak merestui dan reda melihat mereka bersama.
Malah, ibu mentua Sarah itu juga bersetuju ketika pelakon tersebut mengambil tindakan untuk berpisah kerana terlalu banyak yang sudah dilaluinya selama beberapa tahun yang lalu.
The post “Ayah Mereka Dirampas Perempuan Kejam, Laknatlah Hidup Nya!” – Ibu Syamsul Yusof first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments