Rasa sudah beberapa hari kisah mengenai pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof kahwini anak perempuan pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar menjadi topik utama di media sosial serta portal-portal berita hiburan.
Biarpun netizen mengutuk Syamsul selepas membuat pengumuman sudah berkahwin di Thailand, ada juga beberapa selebriti yang ‘menyokong’ perkahwinan tersebut dan ini antara selebriti yang meninggal komen melalui tinjauan penulis:
1. Shuib Sepahtu
Boleh dikatakan Shuib antara rakan selebriti yang terawal meninggalkan ucapan tahniah buat Syamsul dan Ira. Tetapi komen yang ditinggalkan oleh penyampai radio ini telah mengundang kecaman netizen.
Kebanyakkan netizen merasakan Shuib tidak sepatutnya meninggalkan komen seperti itu dan ada yang mahu memboikotnya.
2. Ajak Shiro
Selain Shuib, rakan penyampai radio Suria FM iaitu Ajak juga tidak ketinggalan meninggalkan komen selepas pengarah filem Mat Kilau terbabit meminta kedua-dua isterinya untuk kekal bersabar hadapi ujian ketika ini.
Dari cara Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak meninggalkan respon, dia hanya mahu segala perbalahan yang berlaku di akhiri dengan baik dan keadilan di miliki untuk kedua-dua belah pihak.
3. Afdlin Shauki
Pelakon filem Papadom ini juga meninggalkan responnya di ruangan komen hantaran Syamsul dengan mendoakan agar konflik yang berlaku dapat diselesaikan secara tenang.
Malah, dari cara Afdlin meninggalkan komen itu, bagi penulis dia yakin bahawa Syamsul mampu untuk menyelesaikan isu bersama isteri pertama, Puteri Sarah ini dengan baik.
4. Fadzil Teh
Penerbit Fadzil Teh juga antara rakan seperjuangan yang terawal meninggalkan ucapan tahniah buat perkahwinan kali kedua Syamsul Yusof beberapa hari yang lalu biarpun ketika itu ramai yang meninggalkan respon kecaman.
Melalui respon penerbit drama itu, dia akan tetap menyokong segala keputusan pelakon KL Gangster itu serta bersyukur kerana Syamsul memilih untuk umumkan perkahwinan dengan Ira setelah sekian lama membisukan diri.
Pada pandangan penulis, kebanyakkan rakan selebriti yang ‘menyokong’ perkahwinan kali kedua Syamsul Yusof ini hanya mahukan yang terbaik serta tidak mempunyai niat untuk ‘menentang’ Puteri Sarah. Apa pandangan korang pula?
The post Kecoh Isu Kahwin Kali Kedua, Ini Antara Artis Lelaki Beri ‘Sokongan’ Buat Syamsul Yusof first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments