Pelakon Ummi Nazeera kini tampil memaklumkan kepada umum bahawa beliau kini telah disahkan hamil anak kedua.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Ummi apabila tampil memuat naik foto keluarga kecilnya di laman Instagram.
Bahkan, foto anak sulungnya yang baru berusia 2 tahun itu memegang alat ujian kehamilan kini telah meraih perhatian netizen.
Ummi khabarnya amat bersyukur dengan segala bentuk rezeki yang telah dikurniakan olehnya, malah beliau juga tidak ketinggalan mendedahkan bahawa usia kandungan kini sudah memasuki 4 bulan.
Menjengah ke ruangan komen, selain mendoakan kesejahteraan Ummi sekeluarga, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah kepadanya dan menitip kata-kata positif agar belia dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat.
Untuk rekod, Ummi telah sah menjadi isteri kepada, seorang doktor iaitu Dr Mohd Izzar Anwari pada Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada September 2018 bernama Ayra Aneesah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments