#Hiburan: Kembali Aktif Di Instagram, Peminat Luah Rasa Rindu Pada Da’i Syed

Selepas beberapa hari dibebaskan daripada tahanan reman berikutan dakwaan jenayah seksual, kini pendakwah muda Da’i Syed dilihat kembali aktif di laman Instagram.

Hal ini demikian kerana kerana, meninjau di Insta Storynya, Syed tampil berkongsi  beberapa nukilan seakan menggambarkan isi hatinya sepanjang ditahan pihak berkuasa tempoh hari.

Advertisement

Bahkan, penyanyi Ryan Deedat yang juga temannya juga tidak ketinggalan memuat naik video sedang menjamu selera bersama pendakwah tersebut di laman TikTok.

@ryandeedat

special guest for you guys #daisyed #tiktok #foryoupage @daisyed

? original sound – Ryan Deedat – Ryan Deedat

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, jelas kelihatan wajah ceria Syed yang sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab buat para pengikut yang merinduinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak segan menzahirkan perasaan rindu buat jejaka tersebut. Malah, mereka juga berharap agar Syed terus tabah menghadapi segala ujian dan cabaran yang melanda dirinya.

Sumber: Oh My Media 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments